HAJAT MANUSIA KEPADA AGAMA

NABI

1. Kenapa kita berhajat kepada orang lain?
kerana manusia tidak mampu membuat sesuatu perkara dengan sendirinya

2. Apakah ia hikmat Allah menyusun kehidupan manusia dengan tolong-menolong dan saling mengenali?
Untuk memakmurkan dunia dan bertasbih kepada Allah

3. Kenapakah manusia mendorong kepada berusaha?
Untuk menuntut keuntungan

4. Apakah dalil nakli bahawa Allah mencipta manusia kecenderungan?
Firman Allah yang berbunyi : "Dihiaskan manusia mencintai nafsu ( perempuan & anak & perhiasan emas & perak & kuda-kuda yang menjadi tunggangan & binatang ternakan & tanaman )"

BILANGAN PARA NABI

1. Adakah Adam a.s nabi yang pertama?
Ya, Adam a.s nabi yang pertama

2. Apakah Allah menyuruh malaikat a.s ketika dicipta Adam a.s?
Allah menyuruh malaikat a.s ketika dicipta Adam a.s dengan sujud kepadanya, sujud hormat dan bukan sujud ibadat.

3. Apakah pendirian malaikat a.s dan syaitan ketika diperintahkan sujud kepada Adam a.s?
Pendirian malaikat a.s    : beriman kepada Allah / sujud kepada Adam a.s
Pendirian syaitan            : kufur kepada Allah / tidak sujud kepada Adam a.s


Tiada ulasan:

Catat Ulasan